Mantan Pegawai Perunding dan Ketua Unit Binaan di Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, MITI, Petaling Jaya.
Bidang tugas di bawah MPC adalah melaksanakan Program Pembangunan Usahawan dan Program Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Kontraktor Binaan.
Mendapat latihan dan bimbingan dari penasihat dan perunding Pertubuhan Buruh Antarabangsa, ILO, Bank Dunia dan Jerman.
Setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau menubuhkan syarikat kontraktor binaan dan syarikat kontraktor bersih kawasan disamping menjalankan kursus-kursus kontraktor binaan di pelbagai agensi kerajaan, jabatan kerajaan dan swasta selama lebih kurang 30 tahun.